entaksiran Bilik Darjah (PBD) secara digital antara cadangan yang boleh dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) apabila membuat perubahan terhadap kurikulum persekolahan menjelang 2027.
Penyelidik Pusat Penyelidikan Pedagogi dan Inovasi (CPRI), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Dr Hanifah Mahat, berkata seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, PBD secara digital boleh dilaksanakan apatah lagi ia selari dengan hasrat KPM melalui elemen Fasih Digital.
“PBD digital dapat membentuk murid fasih digital, namun semuanya bertitik tolak kepada keupayaan pendidik dan pemimpin pendidikan untuk mengintegrasi teknologi digital dalam ekosistem pendidikan itu sendiri” katanya
Tambahnya, PBD secara digital ini akan membuka peluang murid meneroka potensi diri sesuai dengan perkembangan dan suasana teknologi hari ini
Jelasnya lagi dalam kerangka kurikulum persekolahan 2027, fasih digital merangkumi kandungan kurikulum, pedagogi dan pentaksiran.
Murid fasih digital katanya ialah murid yang berupaya menggunakan teknologi digital secara bersepadu, kreatif, inovatif, bertanggungjawab dan beretika.
“Selain itu murid dibimbing untuk menghasil dan mencipta inovasi, menganalisis data secara saintifik, menyelesaikan masalah serta berkomunikasi dan berkolaborasi dengan berkesan